Baru dalam EDC? Cara-cara memilih pisau lipat idaman anda.

Baru dalam EDC? Cara-cara memilih pisau lipat idaman anda.

Hand Made Heritage, The Higonokami Reading Baru dalam EDC? Cara-cara memilih pisau lipat idaman anda. 5 minutes Next Bibury Entry Multitools Review. Is it worth the money?

Selamat datang ke dunia EDC. 

Pisau terutamanya pisau jenis berlipat adalah watak utama dalam EDC kebanyakan orang. Pilihan pisau dalam pasaran terlalu banyak. Pisau yang paling sesuai untuk anda, WUJUD. Pisau terbaik, TAK WUJUD.

Artikel ini adalah untuk orang yang bermula ber-EDC.

Langkah pertama untuk membeli pisau adalah tanya pada anda sendiri: bagaimana anda akan menggunakan pisau anda? Mungkin anda ingin menggunakannya untuk tujuan EDC seperti membuka kotak dan memotong buah? Atau menggunakannya untuk aktiviti luaran seperti mendaki atau berkhemah? Tahu apa yang ingin dilakukan adalah sangat penting untuk mencari pisau yang sesuai untuk anda. Pisau lipat adalah pilihan yang bagus kerana ia mudah digunakan, mudah dibawa, agak ringan, tetapi dapat melakukan beberapa tugas berat. Sekiranya ini adalah kriteria pisau yang anda sedang cari, mari kita bincangkan butir-butir untuk memilih pisau lipat.

Bentuk Bilah

Ada pelbagai bentuk bilah. Yang biasa dilihat ialah: [1] [2]

Drop Point adalah sejenis bilah serba guna yang hebat. Bahagian tulang (spine) mula dari handlenya, akhirnya condong ke bawah untuk membentuk mata pisau. Bilah drop-point biasanya terdapat pada pisau berburu atau pisau survival, tetapi mereka juga boleh didapati di beberapa pisau model Swiss Army yang lebih besar.


Penggunaan Ideal: Drop point sangat sesuai untuk mengulit dan menebuk (skinning and piercing), kerana mereka mempunyai perut (belly) yang besar dan lebih senang dikawal, jadi ia lebih mudah untuk mengelakkan terjadinya organ dalaman.

Straight back adalah jenis bilah yang agak biasa kerana bentuk pisau yang sangat tradisional. Bahagian depan pisau yang berbentuk lengkung, dengan bahagian belakang lurus dan tak tajam yang sesuai untuk bagi tekanan.


Penggunaan Ideal: Bilah ini adalah pisau serba guna yang bagus untuk memotong dan mengiris, sebab itulah reka bentuk ini sering dilihat pada pisau dapur.

Tanto point, juga kadang-kadang disebut sebahagai chisel point kerana bentuk yang serupa dengan pahat. Tanto disukai oleh orang ramai kerana penampilan dan kekuatannya yang unik. Tanto mempunyai hujung yang tinggi (high point) dan bilah yang agak lurus tetapi tidak perut (belly).


Penggunaan Ideal: Tanto bukan jenis bilah yang serba guna tetapi reka bentuknya menjadikannya bagus untuk memotong dan menembusi bahan yang lebih keras.

Sekiranya anda kekok dengan pisau, Sheepsfoot-lah bilah yang sesuai dengan anda. Walaupun sesuai untuk memotong dan mengiris kerana bilah yang rata, bilah Sheepsfoot mempunyai hujung yang tumpul (dull point) yang menjadikannya sukar — walaupun tidak mustahil — untuk mencederakan diri sendiri. 


Penggunaan Ideal: Bilah Sheepsfoot popular di kalangan responden kecemasan, kerana ia sesuai untuk memotong tali pinggang keledar dan pengikat lain tanpa menikam mangsa secara tidak sengaja.

 

Blade Steel

Pilihan keluli bilah sangat bergantung kepada tujuan penggunaannya. Contohnya, bilah keluli tahan karat (stainless steel) lebih baik untuk tahanan kakisan, jadi jika anda menggunakan pisau dalam keadaan lembap atau lebih ekstrem, keluli tahan karat adalah pilihan yang lebih baik untuk anda. Beberapa keluli pisau biasa ialah keluli AUS, keluli CrMov, dan keluli D2. Pilihan ini juga bergantung pada pilihan atau kesukaan peribadi. Walaupun keluli bilah adalah penting, ia lebih penting untuk mengekalkannya. Bilah yang diasah dengan baik yang diperbuat daripada keluli berkualiti rendah adalah lebih baik daripada keluli terbaik yang tidak dijaga dengan betul [3].

Mekanisme Pembukaan

Aspek penting yang lain semasa anda memilih pisau lipat adalah mekanisme pembukaan. Sama ada anda ingin membukanya dengan satu tangan atau kedua-dua tangan membawa perbezaan yang besar dari segi kelajuan dan keselesaan. Mekanisme pembukaan biasa adalah:

 Nail Nick

Knife Nail NickIni adalah alur kecil atas bilah yang membolehkan kuku anda mencengkam alur dan membuka bilahnya. Ini bileh memastikan pisau dibuka dengan selamat kerana memerlukan pengguna membuka pisau dengan kedua-dua tangan.

Thumbstud

Thumb Stud
Thumb stud sebenarnya adalah penonjolan pada bilah yang membolehkan anda membuka pisau dengan satu tangan, atau lebih spesifik, dengan hanya ibu jari. Ini adalah cara yang terbukti, diuji masa dan mudah untuk membuka pisau.

Filpper

Flipper
Saya rasa flipper adalah yang paling menarik dan bergaya, juga boleh beroperasi dengan satu tangan. Flipper biasanya ada pada sebelah bilah. Dengan pivot yang bagus, ia boleh membantu bilah dibuka dengan lebih lancar dan lebih cepat.

 

Mekanisme Locking

Terdapat 3 jenis mekanisme lock yang biasanya didapati di atas pisau lipat, masing-masing mempunyai pro dan kcon tersendiri.

Type of knife lock

Liner Lock

Liner Lock adalah mekanisme locking yang paling biasa dilihat pada pisau. Satu sisi liner dalam pemegang dibengkokkan, menyebabkannya bertindak seperti spring. Apabila anda membuka bilah, liner tersebut akan meluncur di belakang mata pisau supaya bilah tidak ditutup [4].

Frame Lock

Sama seperti Liner Lock, sisi bingkai pisau akan slide di belakang bilah semasa anda menggunakannya [4].

Lock Back



Lock back adalah reka bentuk paling asas dan paling awal digunakan dalam pisau lipat. Ia berfungsi apabila locking arm yang berada di handle, dibentuk dengan cangkuk yang sesuai dengan notch dibelakang bilah. Cangkuk tersebut akan jatuh dalam notch dan di-lock-kan apabila pisau dibuka, [5]. Tidak seperti Liner Lock dan Frame Lock, Lock Back memerlukan dua tangan untuk menutup pisau.


Jika anda terlibat dalam EDC lama, anda akan mendapati bahawa ada pelbagai jenis lock pisau dalam pasaran. Salah satu yang agak unik adalah Scorpion Lock oleh Demko Design. Contohnya: Siri Cold Steel AD-15.

Handle

Pemegang memain peranan yang penting disini. Pertama, anda seharusnya dapat memegang handle pisau dengan firm, dan tangan anda tidak meluncur atau tergelincir ke bilah. Seterusnya ialah bahan yang digunakan. Terdapat beberapa bahan yang berbeza digunakan, contohnya, keluli tahan karat, titanium, carbon fiber, dan G10. G10 adalah pilihan yang baik kerana sangat ringan, tahan lama, dan tahan kakisan, dan sangat boleh bagi cengkaman yang bagus walaupun basah atau berminyak.

Konklusi

Yang diatas adalah satu guide pendek supaya anda dapat mencari pisau idaman anda. Adakah anda akan memilih atas faktor fungsi? Adakah anda akan memilih atas faktor design? atau kedua-duanya? Apapun, ambillah masa anda dan menikmati proses yang indah ini. 

Sila ikuti kami di sini utk info terkini yang padu:

Facebook: https://www.facebook.com/thomastoolsmalaysia/

Instagram: https://www.instagram.com/thomastools/

Youtube: https://www.youtube.com/thomastoolsofficial

- By YK Tan

 

Reference

  1. https://www.protoolreviews.com/tools/hand/cutting-chisels/purpose-of-knife-blade-shapes/19652/
  2. https://knife-depot.com/pages/pocket-knife-buying-guide#blade_types
  3. https://knife-depot.com/pages/pocket-knife-buying-guide#blade_materials 
  4. https://www.popularmechanics.com/adventure/outdoor-gear/g2975/best-pocket-knives 
  5. https://knife-depot.com/pages/pocket-knife-buying-guide#opening_mechanisms

 

Leave a comment

This site is protected by hCaptcha and the hCaptcha Privacy Policy and Terms of Service apply.

Free shipping*

Free West Malaysia shipping for orders above RM300.