Show English version

Secara Umum

Apakah itu Split? 

Split merupakan satu cara bayaran di mana pelanggan dapat membuat pembayaran secara ansuran sehingga 3 bulan di kedai online, dalam kedai atau applikasi komunikasi.

Pihak Split akan membuat pemotongan automatik dari akaun anda dalam tempoh ansuran dan pemberitahuan akan diberi sebelum pemotongan dibuat.

Mengapakah Split menolak transaksi kad saya?

Mungkin baki kad anda tidak cukup atau pihak bank anda menyekat transaksi e-dagang. Sila pastikan anda bukan menggunakan "prepaid card", Split hanya menerima kad kredit / kad debit. 

Siapakah yang layak menggunakan Split?

Warganegara Malaysia atau Singapura yang berumur 18 tahun ke atas dan memiliki kad kredit / kad debit. 

Adakah Split mengenakan bayaran? 

Tidak! Penggunaan Split ini adalah percuma tanpa sebarang caj lebih (faedah, bayaran lewat, caj pemprosesan).

 

Pesanan dan Bayaran Balik

Bilakah saya boleh dapatkan order?  Adakah selepas habis tempoh ansuran pembayaran?  

Tidak! Order anda akan terus diproses dan dikirim oleh Thomas Tools selepas transaksi ansuran pertama anda berjaya diterima. 

Apakah akibatnya jika saya membuat pembayaran lewat? 

Split tidak mengenakan caj bayaran lewat. Sila pastikan anda dapat membayar ansuran tepat pada masanya. Jika terdapat sebarang masalah dalam proses pembayaran, sila hubungi khidmat pelanggan Split di support@paywithsplit.co

Jika saya bayar dengan Split, bolehkah saya membuat bayaran balik? 

Boleh! Anda hanya perlu menghubungi pihak Thomas Tools melalui E-mel dan meminta bayaran balik atas sebarang masalah barang. Split akan memulangkan wang ansuran anda yang dibuat sebaik sahaja diluluskan. 

 

Tentang Ansuran

Berapakah pelan ansuran Split yang boleh saya ambil pada satu masa? 

Anda hanya boleh mempunyai BEBERAPA pelan ansuran dengan Split pada satu masa. (Jumlah kurang dari RM3,000)

Berapakah produk yang boleh saya beli dalam SATU pelan ansuran? Terdapat had harga dalam ansuran ini? 

Tiada had dalam pembelian produk tetapi had maksimum jumlah harga adalah RM3,000 dalam setiap ansuran. 

Bolehkah saya habiskan pembayaran ansuran lebih awal? 

Boleh. Anda boleh pergi ke dashboard.paywithsplit.co dan klik "first-time login". 

Bilakah kad saya akan dibuat pemotongan automatik? 

Tepat satu bulan dari tarikh pembelian anda. Sebagai contoh, anda membuat bayaran pertama pada 1 March. Ansuran yang berikutnya adalah pada 1 April dan 1 May. Anda juga boleh menyemak masa bayaran melalui e-mel pengesahan daripada Split. 

Bolehkah saya pilih tempoh ansuran sehingga 4 atau 6 bulan? 

Tidak. Split menawarkan tempoh ansuran sehingga 3 bulan sahaja. 

Free shipping*

Free West Malaysia shipping for orders above RM300.